- Berikan nama anak yang baik
Setiap ibu bapa yang bakal melahirkan anak pasti akan memilih pelbagai nama yang sesuai untuk anak mereka. Sebelum mentapkan nama, pastikan nama terpilih itu membawa maksud yang baik kerana panggilan boleh menjadi doa. Sebagai contoh anda menamakan anak anda dengan nama 'Haziqah'. Haziqah membawa maksud yang cerdik pandai. Apabila anda memanggil anak anda dengan nama tersebut, secara tidak langsung anda mendoakannya menjadi seorang yang cerdik pandai.
- Selalu meluangkan masa untuk bertanyakan perkembangan anak.
Meluangkan masa dapat merapatkan jurang pemisah antara ibu bapa dan anak. Ibu bapa yang sibuk berkerja dan kurang masa dengan anak selalunya mempunyai anak yang bermasalah. Mudah sahaja untuk meluangkan masa bersama. Solatlah berjemaah bersama. Selepas solat, luangkan masa untuk bertanya mengenai perkembangan anak di sekolah dan bertanyalah sesuatu yang menjadi minatnya. Sebagai contoh mengenai teknologi terkini.
- Selalu bergurau dan ketawa bersama
Nampak mudah tapi bilakah kali terakhir anda ketawa bersama anak anda? Ramai ibu bapa yang tidak meluangkan masa bergurau dan ketawa bersama mempunyai jurang perbezaan antara ibu bapa dan anak. Cara ini salah kerana mendidik anak berasa takut kepada ibu bapa dan bukannya disebabkan perasaan saling hormat menghormati. Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils' Festival os Social Science pada tahun 2011, bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Ini kerana, apabila ibu bapa bergurau dengan anak dan diselangi ketawa, anak-anak anda akan berasa bahagia.
- Sentiasa bersabar dan berfikiran positif
Ibu bapa perlulah banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak. Kanak-kanak memang mudah berasa dengki dan pendendam. Apabila ibu bapa berpelakuan negatif, anak berkemungkinan besar akan berkelakuan negatif apabila dewasa kela.
- Tanamkan sifat bersimpati kepada orang lain
Sifat simpati perlu diterapkan dari kecil. Sifat mulia ini penting supaya anak-anak tiada sifat sombong dan berkira apabila bekerja. Terapkan dengan cara meringankan tangan anak anda untuk memberikan sedekah. Mungkin nilai wang yang disedekahkan tidak besar, namun ia dapat memberi kesan pada jangka masa panjang.
- Biarkan anak berdikari
Biarkan anak anda berdikar. Biarkan mereka belajar sesuatu melaui praktikal dan kurangkan kebergantungan kepada anak. Sebagai contoh, biarkan anak anda beli makanan di kedai dan anda perhatikan sahaja. Anak pasti akan rasa lebih terbuka untuk belajar.
- Elakkan bergaduh atau bertengkar di hadapan anak
Ini penting kerana perkara sebegini boleh menganggu perkembangan minda anak anda. Perkara sebegini boleh menyebabkan kemurungan kepada anak anda. Kesan psikologi lebih memberi kesan mendalam kerana ia akan menyebabkan perubahan kepada emosi dan perlakuan.
- Jaga kesihatan dan elakkan tekanan
Penjagaan kesihatan dan tekanan anak penting untuk mereka kerana ia mempengaruhi emosi. Emosi yang terganggu menyukarkan mereka menghafal dan mengingati sesuatu perkara kerana tumpuan mereka akan terganggu.
- Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan dan ibu lebihkan masa dengan anak lelaki.
Untuk mewujudkan kemesraan, pertukaran seperti ini memberi kesan yang baik. Anak-anak akan berasa selesa walaupun berlainan jantina dan akan lebih selesa bergaul dengan orang lain kelak.
- Biarkan anak melawan
Melawan di sini bukanlah yang bersifat negatif. Melawan di sini ialah menggalakkan mereka bersaing. Untuk mencapai sesuatu yang lebih baik, Ibu bapa perlulah menjadi idola ikutan anak-anak dan meminta mereka menjadi lebih baik dari apa yang kita capai. Persaingan dengan adik beradik sebagai contohnya adalah perkara yang sihat kerana masing-masing akan berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik dalam kelas masing-masing.
- Usah berharap anak yang sempurna
Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai kelebihan yang berbeza. Dimana ada kekurangan pasti ada kelebihan. Semua anak yang dilahirkan adalah bijak pandai. Mungkin tidak bijak di sekolah tetapi mungkin bijak mengenai perkara elektronik? Siapa tahu.
- Fahami kehendak anak
Anak mempunyai perangai yang berbeza beza. Ada yang mudah difahami ada yang susah. Fahami kehendak anak. Ketahui cita-cita dan impian mereka. Bantu mereka untuk mencapainya dengan memberikan mereka dorongan yang sepatutnya.
0 comments:
Catat Ulasan