Cari Blog Ini

Jumaat, 26 Februari 2016

Rahsia Menghafal Sesuatu Dengan Cepat


Rahsia Menghafal Sesuatu Dengan Cepat

Semakin hari otak yang tidak digunakan dengan baik akan menjadi semakin lemah. Bagaimanakah cara untuk menangani masalah ini?

Kami kongsikan beberapa tips dan cara untuk menangani kes pelupa dan menguatkan ingatan serta rahsia untuk menghafal sesuatu dengan cepat.

Berikut merupakan cara mengingat yang disyorkan oleh kami:

1. MNEMONIC

Mnemonic adalah teknik hafalan yang berbentuk abstrak. Cara ini mengubah sesuatu perkataan menjadi sesuatu yang mudah diingati. Teknik Mnemonik dikategorikan sebagai dua:

a) Sistem Gambaran
Sistem gambaran adalah teknik menghafal yang menjadikan informasi abstrak kepada sesuatu yang mudah digambarkan ke dalam sesuatu yang bersifat abstrak. Contohnya:

- Gembira : digambarkan dengan gambar ikon smiley
- Malaysia : digambarkan dengan bendera Malaysia ataupun KLCC yang menjadi lambang kepada Malaysia.

b) Sistem Persamaan Bunyi
Sistem ini adalah teknik menghafal menggunakan persamaan bunyi. Contohnya:

-Singapura: akan lebih mudah diingati kerana bunyinya sama seperti Singa



2. Memory Sport

Otak perlukan latihan untuk menjadi lebih kuat. Otak seperti otot yang memerlukan latihan yang kerap untuk menjadikan kelebihannya semakin kuat. Kemahiran mengingati perlu dipraktiskan dan diasah supaya keupayaan otot menjadi semakin kuat. Contoh memory sport ialah teka silang kata, mencari barang tersembunyi dan sudoku. Dengan bermain permainan sebegini, otak secara tidak langsung akan berfikir dan melatih ingatan kita.



3. Story Sistem

Story System adalah teknik menghafal dengan cara membuat satu cerita berdasarkan perkara tertentu. Perkara yang perlu diingati digabungkan dalam satu cerita. Sebagai contoh:

-Burung
-Awan
-Gunung
-Matahari

Untuk mengingati perkara di atas pasti sukar. Cara mudahnya ialah dengan menjadikannya sebuah cerita.

Contoh:
Burung-burung dilihat terbang tinggi sehingga ke awan. Terdapat matahari yang menginar di celahan gunung yang tinggi.

Sekarang, semua perkara yang perlu diingati terdapat dalam cerita di atas. Perkara itu telah dimasukkan ke dalam cerita dan cerita ini dapat dibayangkan di dalam otak.

Copyright of http://www.kidsonestopshop.co.uk/

4. Akronim (Huruf Pangkal perkataan)

Cara ini kebiasaanyanya digunakan di sekolah. cara mengingat ini menggunakan huruf pada pangkal ayat. Huruf-huruf tersebut akan digabungkan menjadi satu perkataan. sebagai contoh:

-Sawi
-Ayam
-Bendi
-Ikan
-Terung

Perkara diatas mudah diingati jika huruf pangkalnya digabungkan menjadi perkataan
Sawi, Ayam, Bendi, Ikan, Terung = SABIT


Mudah Bukan? Semoga Bermanfaat.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts