Buat nota, bukan sekadar menyalin apa yang ditulis di depan tapi anda juga perlu menguasai pelbagai kemahiran. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya gunakan ketika menyalin nota.
Kemahiran Bijak mendengar
Kemahiran Bijak Membaca Laju
Kemahiran Bijak Menulis
Kemahiran Bijak mendengar
Kemahiran mendengar dan menulis perlulalah seiring kerana tangan perlulah laju mencatit nota semasa mendengar apa yang cuba disampaikan guru. Mendengar sambil menulis lebih mudah untuk diingati cdan difahami daripada mendengar semata-mata.Kemahiran Bijak Membaca Laju
Kemahiran membaca dengan laju ini perlu dilatih dan amat bagus untuk mendapatkan nota daripada buku atau bahan bacaan yang lain. Teknik membaca laju penting supaya bahan bacaan dapat dikumpul dengan cepat dan dapat menyusun nota dengan lebih teratur.Kemahiran Bijak Menulis
- Bijak menulis dengan kemas dan jelas
- Bijak menulis dengan cepat
- Bijak menulis dengan menggunakan singkatan
Bijak menulis dengan kemas dan jelas
Tulis dengan kemas dan jelas supaya mudah dibaca dan dirujuk semula. Jika tulisan tidak jelas dan sukar dibaca, nota yang dicatat mungkin memberi maksud yang salah dan maklumat penting akan tertinggal.
Bijak menulis dengan cepat
Tulis dengan cepat namun tulisan juga mesti dijaga supaya jelas dan kemas. Tulis dengan laju ini memerlukan latihan. Bukan sehari dua sahaja sudah boleh menaip dengan laju. Latihan berterusan diperlukan. Ya, menulis banyak akan menyebabkan tangan sakit, tapi semakin cepat anda menulis semakin banyak info yang anda cepat catat.
Bijak menulis dengan menggunakan singkatan
Menulis dengan menggunakan singkatan amat penting ketika mencatat nota kerana masa mencatat nota dapat dipendekkan.selain itu juga, tenaga anda juga dapat dijimatkan kerana anda perlu menulis dengan lebih sedikit. Singkatan yang digunakan mestilah singkatan yang mudah untuk anda fahami.
Contoh singkatan yang boleh digunakan:
Dll--------> Dan lain-lain
Sbg------->Sebagai
Wlpn-----> walaupun
&----------> dan
Peringatan: Singkatan hanya boleh digunakan semasa membuat nota sahaja. Elakkan membuat singkatan di dalam perperiksaan.
0 comments:
Catat Ulasan