PS: Gunakan jika masa sudah suntuk sahaja. JANGAN AMALKAN BELAJAR SAAT AKHIR.
1 > Buat Soalan Tahun-tahun Lepas (Past Year Papers)
Masa dah suntuk, nak baca semua benda confirm tak sempat. Jadi nak cepat buat soalan Past Year. Nak buat tu tengok semua soalan dan buat satu per satu jangan nak gatal-gatal tinggal-tinggal soalan. Nak buat yang senang je. Skip dulu soalan yang susah. Kalau anda skip bermaksud soalan tu anda tak faham. Jadi buat soalan mana yang senang dulu. Nanti cari penyelesaian untuk soalan yang susah tadi.
Tak payah tulis jawapan panjang berjela. Bukan ada siapa nak tandakan, anda je nak baca. Tulis dalam point, senang nak ingat. Nak power lagi? Buat soalan past year dengan kawan. Yang penting kawan tu budak pandai yang rajin nak bercerita. Nanti dia siap explain lagi jawapan tu, tak payah nak baca-baca dah. Nanti dia yang bacakan. Buat past year tu bukan macam exam. Tolong rujuk buku teks dan buku rujukan ya. Jangan nanti tulis jawapan mengarut nanti.
2 > Buat Nota Ringkas Daripada Soalan Tahun Lepas Tadi
Tadi kan dah tulis jawapan bagi soalan past year. Dah alang-alang soalan tu tanya pasal bab tu, top up la sikit jawapan tu dengan tambah nota tambahan. Contoh tadi dia tanya bab Fotositensis, haa pandai-pandai la tambah nota lain yang berkaitan bab tu. Xcover banyak pun at least dah ade input. Boleh nak"goreng" nanti masa exam.
3 > Hafal Waktu Awal Pagi Atau Sebelum Tidur
Lepas dah buat 2 benda di atas, carilah masa untuk menghafal nota yang dah ditulis tadi. Kan dah bagitau tulis dalam point. Tulis panjang-panjang baik baca buku je. Ringkas pun lebih baik dari tak baca langsung. Waktu awal pagi dan sebelum tido adalah waktu paling bagus. Kenapa? Awal pagi kan otak kita fresh lagi. Tapi Sebelum tidur kenape pulak? Kan kita baca sebelum tido, nanti masa tido maklumat tu semua akan diproses dan disimpan.
0 comments:
Catat Ulasan