Cara Menghafal Cepat Dan Tidak Mudah Lupa
Menghafal merupakan satu lumrah ketika belajar. Pelajar perlu sedut semua ilmu yang cikgu ajar dan hadam dalam ingatan mereka. Tapi adakah menghafal itu kerja yang mudah?
Cara belajar setiap pelajar mungkin berbeza mengikut karakter dan minat masing-masing.
Di sini saya kongsikan sedikit mengenai cara menghafal cepat dan supaya tidak mudah lupa apa yang dihafalkan.
Langkah - langkahnya
1. Segarkan Diri Anda
Menghafal sebenarnya memerlukan tenaga dan fokus anda. Supaya anda kekeal bertenaga dan fokus, anda mesti cukup tidur. Sebelum menghafal anda juga perlu segarkan diri anda. Bagaimana tu/? Cara paling mudah ialah mandi sebelum menghafal. Ya mandi. Mandi air sejuk dapat menyegarkan badan dan menambah kuasa fokus anda.
2. Tempat Yang Sesuai
Menghafal seperti saya cakapkan tadi perlukan fokus. Keadaan ini mengikut individu itu sendiri. Ada yang perlukan kawasan yang senyap dan anda yang perlukan muzik sebagai halwa telinga. Kuncinya disini ialah, anda perlukan tempat yang sesuai dan selesa. Tempat yang anda dapat fokus dan menghafal dengan tenang.
3. Motivasikan Diri
Cari perkara yang boleh memotivasikan diri anda. Mungkin DENDAM? Jangan salah faham. Dendam ini untuk perkara yang berpositif. Contohnya, kawan kata kita kurang pandai dalam sesuatu bidang tapi sebenarnya tidak. Buktikan yang andaian dia salah. Kebiasaannya orang yang berjaya mempunyai sesuatu yang "TRIGGER" semangat dia untuk berjaya.
4. Sediakan Pemanis Mulut
Sesetengah orang memerlukan peransang seperti kopi untuk mengelakkan mengantuk. Tetapi terlalu kerap meminum kopi tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi kafein. Namun begitu, teh hijau dikatakan dapat membantu menghafal kerana kandungan khasiat yang yang dikatakan dapat membantu sel-sel otak berfungsi dengan lebih baik dan anti oksida. Seperti saya mengesyorkan teh daripada Magistea kerana rasanya amat enak dan mempunyai keenakannya yang tersendiri.
5. Catat Semula Apa Yang Dihafal
Ya, Catat. Jangan lupa itu. Ketika membaca kita dengan secara langsung melihat dan menyebut sahaja. Apa kata kalau kita kuatkannya lagi dengan menulis sekali. Selepas itu baru cuba hafal dan kemudiaanya tulis apa yang anda ingat atas sekeping kertas. Ya, ianya berkesan kerana ia memaksa otak anda mengingat fakta yang pening dan yang paling penting, anda boleh semak semula fakta itu betul atau salah. Bayangkan kalau anda hafal tetapi terhafal benda yang salah? Menangis lahhh...
6. Tulis Dulu Sebelum Hafal
Aik? Macam sama dengan atas? Ya memang sama. Sebab inilah rahsianya. Tulis dulu semua isi penting yang perlu dihafal dan mula menghafal. Kenapa saya tekankan tulis dulu? Kerana apabila anda menulis secara tak langsung anda sudah baca sekali. Apabila anda menghafal anda sudah baca dua kali. Gandingan bacaan dan pergerakan menulis tadi telah menguatkan ingatan anda kerana memori anda juga mengingatkan visual gambar. Lukis gambar pada nota anda kerana ia amat membantu anda menghafal.
Sekian sahaja. Jika anda rasa post saya ini bermanfaat. Silakan kongsi. Ilmu kita kongsi-kongsi. Jangan makan sorang. Masa saya menulis ni tengah puasa. Tetiba rasa lapar pulak bila tulis makan..
Rabu, 31 Mei 2017
Home »
Live Amazingly Higher Achievement
,
memperkenalkan LahaZone
» Cara Menghafal Cepat Dan Tidak Mudah Lupa
0 comments:
Catat Ulasan