Cari Blog Ini

Isnin, 30 Mei 2016

Tips-tips untuk selesakan diri di dalam kelas

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya nak kongsikan satu tips yang saya dapat melalui pembacaan saya.
Tips tersebut ialah mengenai bagaimana pelajar boleh selesakan diri di dalam kelas. Tips ini nampak simple tapi berkesan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan mudah. Biasanya ni tips untuk pelajar baru semasa baru buka sekolah. tapi tak salah berkongsikan?

Tips-tips untuk selesakan diri di dalam kelas

🌟 Kedudukan di dalam kelas.
Cari kedudukan yang selesa dan sesuai. klau rasa tak berapa tinggi atau tak berapa nak nampak tu duduk-duduk la depan.
🌟 Mengenali semua rakan di dalam kelas.
Kenali rakan anda supaya anda mudah untuk berkomunikasi sesama anda kelak dan mewujudkan sifat saling mempercayai.
🌟 Mengambil bahagian dalam aktiviti kelas
Aktiviti kelas ni penting untuk memupuk semangat kerjasama. Ingat apa kata Wonderpet? Kerjayasama itu penting. Aktiviti dalam kelas la yang akan mendidik kita supaya sentiasa bekerjasama dalam melakukan sesuatu.
🌟 Tanamkan sikap suka pada kelas
Secara kasarnya, semua orang suka buat apa yang dia suka kan? Jadi suka lah anda kepada kelas, nanti anda sendiri tak sabar-sabar nak pergi sekolah. tapi jangan pergi sahaja, buat persiapan dulu. (bersedia dengan buku pelajaran yang bakal diajar ; duduk dalam keadaan dan posisi sesuai ; beri tumpuan maksimum kepada pembelajaran ; tanya jika tidak faham)
🌟 Kurangkan perasaan malu
Kalau boleh buang perasaan malu tu. Nak malu biarlah bertempat. jangan sesekali malu bertanya, malu bertanya sesat jalan. dalam pembelajaran sekolah belum ada waze lagi untuk tunjukkan jalan, rujuk guru jika tidak faham. En google cuma gunakan untuk tambah pengetahuan anda sahaja. Cikgu juga yang paling terbaik!.
🌟 Melakukan aktiviti pertama di dalam kelas
Mula-mula baca, saya pun tak pasti apa aktiviti utama itu. ruapa-rupanya aktiviti utama semasa belajar ialah mendengar. kalau lihat tanpa mendengar, anda pasti tak faham. cuba tengok movie dkt tv tanpa suara dengan tengok movie tanpa gambar tapi ada bunyi. Anda rasa yang mana anda lagi faham? yang tengok sahaja atau yang dengar? berikan fokus semasa mendengar celoteh guru anda. setiap yang keluar dari mulutnya ialah informasi berguna.
🌟 Tanamkan sifat suka dan sayang kepada guru anda
saya tak suruh anda mengorat guru, tetapi jika anda suka dengan guru anda, anda pasti akan jaga perlakuan anda dengan guru tersebut. Anda pasti akan berikan tumpuan dalam kelasnya dan anda pasti akan cuba score dalam pembelajaran anda.
 Mudahkan tips di atas? Kongsikan kepada kawan-kawan anda..
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts