Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Mac 2016

CARA MENARIK SEMANGAT PELAJAR UNTUK BELAJAR.

CARA MENARIK SEMANGAT PELAJAR UNTUK BELAJAR.


Ada 2 kategori :

1. Motivasi dalaman.

Motivasi dalam diri masing-masing.
Motivasi dalaman susah dibentuk jika diri sendiri pun tiada sebab kenapa perlu belajar, kenapa perlu jawab peperiksaan, kenapa? , kenapa? dan kenapa?.....Terlalu banyak sangat pertanyaan dan akhirnya malas membaca buku dan mengulangkaji.

Tetapi kalau diri sendiri dah semangat nak belajar, kita rasa semuanya senang.
Yang paling tak percaya, BELAJAR PUN SENANG !
Ingat tak lagu "FIKIRKAN BOLEH"?

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

2. Motivasi luaran.

Dari sokongan, dorongan, kata-kata motivasi dan galakan dari ibu ayah, cikgu - cikgu, kakak-kakak, abang - abang dan juga kawan sebaya yang pengaruh diri kita.

Contoh motivasi yang ibu ayah dan cikgu bagi dirumah dan disekolah :

1. Pujian / penghargaan / reward
Contoh : "Wah, pandainya anak ayah ! Sambil jaga adik pun boleh dapat A periksa. Kita belajar sama-sama lagi ya ." smile emoticon
" Kertas peperiksaan Adam dapat semua A ya? Tahniah Adam ! Jom ayah belikan pensel Shaker baru untuk Adam. Biar Adam semangat lagi nak belajar ." grin emoticon

2. Ketakutan atau hukuman.
Contoh : "Iman nak ulangkaji malam ini sebab Iman takut kalau tak jawab peperiksaan betul-betul nanti ayah rotan lagi kaki Iman" frown emoticon
Cikgu dikelas pun selalu ulang banyak kali dan ingatkan pada anak murid kenapa ibu ayah hantar tuisyen...


MELIHAT KESUNGGUHAN IBU AYAH NAK KITA BERJAYA PUN BOLEH JADI SEMANGAT UNTUK BELAJAR. BETUL TAK ?


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts