Cari Blog Ini

Khamis, 10 Mac 2016

RAHSIA TIDAK LUPA APA YANG DIAJAR DI KELAS

RAHSIA TIDAK LUPA APA YANG DIAJARKAN OLEH GURU

Rahsia Tidak Mudah Lupa Apa Yang Diajar Guru

1. ABAIKAN SEMUA PERKARA YANG LAIN

Sebaik sahaja guru mengajar, hentikan semua perkara yang dibuat ketika itu. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar oleh guru. FOKUS 100%.

2. MENEKA APA YANG MAHU DIAJAR OLEH CIKGU

Sebelum belajar, tanya pada minda anda:
- Topik yang diajar berkaitan apa?
- Apa kaitan topik ini dengan topik sebelumnya?
Lebih banyak soalan di dalam minda lebih bagus.


3. CONTENG PADA KERTAS KOSONG


Apa sahaja yang dibelajar, conteng pada kertas kosong, Jika terdapat soalan atau apa-apa yang tidak difahami, conteng juga pada kertas tersebut. Soalan yang tidak difahami boleh ditanya kemudian atau on the spot di dalam kelas.


4. BAYANGKAN APA YANG CIKGU SEDANG AJARKAN


Bayangkan apa yang diajarkan oleh guru, bukan berangan-angan. Bayangkan apa yang disampaikan oleh cikgu. Ingatan lebih kuat jika sesuatu itu digambarkan oleh otak dan pelajar akan lebih mudah faham.

5. CEPAT-CEPAT BUAT LATIHAN


Selepas belajar, baca nota dan cepat-cepat buat latihan. Ini untuk menambah kefahaman berkaitan topik. Lebih banyak kita faham lebih banyak soalan kita dapat jawab. Jika ada sebarang soalan yang tidak difahami, tulis pada kertas dan ajukan soalan tersebut kepada guru.
-

6. MINTA BANTUAN CIKGU SETELAH MENCUBA


Untuk berjaya perlukan usaha. USAHA TANGGA KEJAYAAN.
Usaha dahulu utntuk menjawab semua soalan, cuba buat, cuba cari soalan. Jika betul-betul tidak mendapat jawapan barulah bertanya kepada guru. Kerana setiap pencarian akan sentiasa menemui sesuatu yang baru.


7. MEMBACA SEMULA APA YANG DIAJAR DALAM MASA 48 JAM


Kenapa 48 jam? Kerana menurut kajian, pelajar akan lupa apa yang dibelajar di sekolah jika tidak dibaca semula atau diulang kaji dalam masa 2 hari. Jadi, rajinlah ulang kaji pelajaran, jangan ingat anda baru belajar anda akan ingat semuanya.


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts