Cari Blog Ini

Selasa, 28 Jun 2016

Kenapa Mesti Cemerlang ?

KENAPA PERLU CEMERLANG?



Cemerlang ialah penanda aras mengenai kejayaan seseorang itu. Kecemerlangan penting untuk kita mencapai apa yang kita idamkan dan jadikan impian satu kenyataan. Nak capai cita-cita perlulah belajar pandai-pandai. Bukan hanya berangan dan tunggu kerja cari kita.

" Manusia Dilahirkan Cemerlang dan Layak Untuk Mencapai Kecemerlangan "

Kejayaan seseorang diukur mengikut kecemerlangan seseorang. Contohnya nak masuk U pun mesti ada sekurang-kurangnya 3 kredit dalam SPM dan Wajib lulus Bahasa Melayu  Perkataan "semua layak mencapai kecemerlangan" bermaksud semua orang boleh mencapai kejayaan, yang membezakan kita ialah usaha kita sendiri. Untuk mencapai kejayaan kita perlu banyak berkorban, korbankan masa main kita, masa kita melepak dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah. 

Betul ke betul ?

Manusia itu sendiri Allah telah jadikan istimewa berstatus tinggi di antara makhluk lain seperti yang ditegaskan Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya". Malangnya kita sendiri yang menyalah gunakan apa yang kita dapat ke arah sesuatu yang tidak baik. Akal yang bijak digunakan ke arah perkara yang sia-sia. Akhirnya kita merugikan diri sendiri.


Share:

Khamis, 23 Jun 2016

Bagaimana Kitaran Air Berlaku?



Apakah kitaran air?

Kitaran air menghuraikan kewujudan and pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika tiadanya.


Kitaran air secara ringkas

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan (hujan). Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier.

Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah.

Terdapat juga air yang akan dipancut keluar sebagai 'matair' daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat" ...dan juga "bermula".


Sumber : Sumber bagi air dalam Ensiklopedia bagi Iklim dan Cuaca ,disunting oleh S.H Schneider, Oxford University Press,New York, vol 2,pp 817-823

Kredit: http://tmnjawiindah.blogspot.my/2009/04/apakah-kitaran-air-apakah-kitaran-air.html
Share:

Jumaat, 17 Jun 2016

Tips Belajar LAST MINIT.

PS: Gunakan jika masa sudah suntuk sahaja. JANGAN AMALKAN BELAJAR SAAT AKHIR.



1 > Buat Soalan Tahun-tahun Lepas (Past Year Papers)

Masa dah suntuk, nak baca semua benda confirm tak sempat. Jadi nak cepat buat soalan Past Year. Nak buat tu tengok semua soalan dan buat satu per satu jangan nak gatal-gatal tinggal-tinggal soalan. Nak buat yang senang je. Skip dulu soalan yang susah. Kalau anda skip bermaksud soalan tu anda tak faham. Jadi buat soalan mana yang senang dulu. Nanti cari penyelesaian untuk soalan yang susah tadi.
Tak payah tulis jawapan panjang berjela. Bukan ada siapa nak tandakan, anda je nak baca. Tulis dalam point, senang nak ingat. Nak power lagi? Buat soalan past year dengan kawan. Yang penting kawan tu budak pandai yang rajin nak bercerita. Nanti dia siap explain lagi jawapan tu, tak payah nak baca-baca dah. Nanti dia yang bacakan. Buat past year tu bukan macam exam. Tolong rujuk buku teks dan buku rujukan ya. Jangan nanti tulis jawapan mengarut nanti.

2 > Buat Nota Ringkas Daripada Soalan Tahun Lepas Tadi

Tadi kan dah tulis jawapan bagi soalan past year. Dah alang-alang soalan tu tanya pasal bab tu, top up la sikit jawapan tu dengan tambah nota tambahan. Contoh tadi dia tanya bab Fotositensis, haa pandai-pandai la tambah nota lain yang berkaitan bab tu. Xcover banyak pun at least dah ade input. Boleh nak"goreng" nanti masa exam.

3 > Hafal Waktu Awal Pagi Atau Sebelum Tidur


Lepas dah buat 2 benda di atas, carilah masa untuk menghafal nota yang dah ditulis tadi. Kan dah bagitau tulis dalam point. Tulis panjang-panjang baik baca buku je. Ringkas pun lebih baik dari tak baca langsung. Waktu awal pagi dan sebelum tido adalah waktu paling bagus. Kenapa? Awal pagi kan otak  kita fresh lagi. Tapi Sebelum tidur kenape pulak? Kan kita baca sebelum tido, nanti masa tido maklumat tu semua akan diproses dan disimpan.

Share:

Rabu, 15 Jun 2016

Teknik Buat Nota Yang POWER

Teknik Buat Nota Yang POWER

Buat nota, bukan sekadar menyalin apa yang ditulis di depan tapi anda juga perlu menguasai pelbagai kemahiran. Di sini saya kongsikan beberapa tips yang saya gunakan ketika menyalin nota.

Kemahiran Bijak mendengar
Kemahiran Bijak Membaca Laju
Kemahiran Bijak Menulis

Kemahiran Bijak mendengar

Kemahiran mendengar dan menulis perlulalah seiring kerana tangan perlulah laju mencatit nota semasa mendengar apa yang cuba disampaikan guru. Mendengar sambil menulis lebih mudah untuk diingati cdan difahami daripada mendengar semata-mata.

Kemahiran Bijak Membaca Laju

Kemahiran membaca dengan laju ini perlu dilatih dan amat bagus untuk mendapatkan nota daripada buku atau bahan bacaan yang lain. Teknik membaca laju penting supaya bahan bacaan dapat dikumpul dengan cepat dan dapat menyusun  nota dengan lebih teratur.

Kemahiran Bijak Menulis


Terbahagi kepada 3 jenis:

  1. Bijak menulis dengan kemas dan jelas
  2. Bijak menulis dengan cepat
  3. Bijak menulis dengan menggunakan singkatan

Bijak menulis dengan kemas dan jelas

Tulis dengan kemas dan jelas supaya mudah dibaca dan dirujuk semula. Jika tulisan tidak jelas dan sukar dibaca, nota yang dicatat mungkin memberi maksud yang salah dan maklumat penting akan tertinggal. 

Bijak menulis dengan cepat

Tulis dengan cepat namun tulisan juga mesti dijaga supaya jelas dan kemas. Tulis dengan laju ini memerlukan latihan. Bukan sehari dua sahaja sudah boleh menaip dengan laju. Latihan berterusan diperlukan. Ya, menulis banyak akan menyebabkan tangan sakit, tapi semakin cepat anda menulis semakin banyak info yang anda cepat catat. 

Bijak menulis dengan menggunakan singkatan

Menulis dengan menggunakan singkatan amat penting ketika mencatat nota kerana masa mencatat nota dapat dipendekkan.selain itu juga, tenaga anda juga dapat dijimatkan kerana anda perlu menulis dengan lebih sedikit. Singkatan yang digunakan mestilah singkatan yang mudah untuk anda fahami.

Contoh singkatan yang boleh digunakan:

Dll--------> Dan lain-lain
Sbg------->Sebagai
Wlpn-----> walaupun
&----------> dan

Peringatan: Singkatan hanya boleh digunakan semasa membuat nota sahaja. Elakkan membuat singkatan di dalam perperiksaan.
Share:

Selasa, 14 Jun 2016

TAHUKAH ANDA? ANDA PERLU PASTIKAN ANDA MEMBELI LEMON BILA KE PASAR?

PASTIKAN BELI LEMON BILA KE PASAR
Pemusnah Sel Kanser

Air lemon panas boleh membantu anda seumur hidup.
Harus baca dan sebarkan walaupun sesibuk manapun anda. 

1. Air Lemon panas boleh membunuh sel kanser.

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline. Pelikkan walaupun masam tapi menjadikan air alkali.

3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanfaat bagi siapa sahaja. Bukan sekadar menghilangkan dahaga

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, tetapi menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon sejuk hanya mengandungi vitamin C sahaja.

6. Ibarat tomato, Lemon harus dimasak terlebih dahulu baru boleh muncul Lycopene yg bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh mengurangkan pembengkakan dan tumor serta boleh membantu untuk mengatasi segala jenis tumor.

8. Ekstrak Lemon boleh melemahkan sel kanser aktif tetapi tidak merosak sel-sel badan yang normal.

9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam jus lemon boleh
menyesuaikan tekanan darah dan mencegah daripada saluran
darah tersumbat, melancarkan peredaran darah, dan mengurangi penggumpalan
darah.

Dah habis baca harus beritahu orang lain, sebarkan kasih sayang anda.
Sekian, Selamat beramal

Share:

Isnin, 13 Jun 2016

Tips Belajar Untuk " Visual Learner"

Tips Belajar Untuk " Visual Learner"


Pelajar visual (Visual Learner) belajar dengan lebih baik apabila maklumat disampaikan dalam format bahasa bertulis atau dalam satu lagi format visual seperti gambar atau rajah . Jika anda seorang pelajar visual, saya berikan beberapa cadangan yang boleh diikuti dan boleh membantu anda untuk berjaya di sekolah dan cara yang terbaik untuk menyerlahkan kemampuan anda.


Gunakan grafik seperti gambar rajah dan peta konsep yang menggunakan simbol visual untuk mewakili idea-idea dan maklumat.
Apabila cuba untuk mengingati maklumat, tutup mata anda dan gambarkan maklumat. termasuk ilustrasi seperti apa yang anda faham di dalam kelas.

Gunakan pen highlighter daripada warna yang berbeza untuk kod warna mengikut pelbagai aspek maklumat dalam buku teks anda.

Duduk di hadapan kelas supaya anda boleh melihat dengan jelas guru. Ini akan membolehkan anda untuk mengambil ekspresi muka dan bahasa badan yang memberi isyarat bahawa apa yang guru anda katakan adalah penting untuk menulis dalam nota anda.  
Belajar di tempat yang bebas daripada gangguan visual.
Apabila menggunakan Flashcards, hadkan jumlah maklumat pada kad supaya anda boleh membentuk gambaran mengenainya dengan lebih jelas.

Tonton video mengenai topik yang anda belajar di dalam kelas.
Apabila mendengar perkataan baru yang anda mahu ingat, gambarkan ejaannya.
Apabila menyemak maklumat, tulis semula dan keluarkan maklumat dari ingatan.
Apabila mengambil nota, gantikan perkataan dengan simbol-simbol yang anda mudah fahami.
Taipkan nota bertulis anda dari kelas menggunakan tulisan berbeza, senget, bold, dan underline untuk memastikan konsep atau idea yang paling penting dan fakta visual dapat disampaikan dengan jelas.
Apabila menyelesaikan masalah yang melibatkan urutan langkah-langkah, gunakan kotak untuk menunjukkan turutan langkah, dalam setiap kotak masing-masing mengandungi maklumat yang betul dan dalam turutan yang betul.


Share:

Jumaat, 10 Jun 2016

Bengkel Kemahiran Hidup PT3


Bengkel Kemahiran Hidup PT3


Pada 9 Jun 2016 hari rabu jam 11 pagi - 1 tengah hari telah diadakan satu bengkel kemahiran hidup khas untuk pelajar PT3. Bengkel ini menekankan bahagian keusahawanan dan perdagangan yang kebanyakan pelajar masih lemah dan kurang penguasaan. Seramai 16 orang pelajar telah hadir. Gambar di sepanjang program seperti di bawah.

Iklan Bengkel Kemahiran Hidup PT3

Semua pelajar tekun mencatat nota-nota penting yang disampaikan.

Pelajar juga diberikan latihan untuk menguji kefahaman pelajar.

Tutor Neez sedang memberi ilmu kepada pelajar

Tekun menyalin nota.

Bengkel di sokong dengan penggunaan I Learn Ace yang mempunyai nota lengkap serta latihan yang menguji minda.

Soalan juga diterangkan secara terperinci oleh Tutor Neez supaya pelajar faham mengenai bab ini.





Share:

Popular Posts