Cari Blog Ini

Khamis, 29 Disember 2016

Tiada Lagi Smart Study Solution Resources

Pada 1 Disember 2016, Smart Study Solution Resources telah ditamatkan perkhidmatan. Terima kasih kepada SSSR kerana telah banyak menyumbang bakti dalam mendidik pelajar sehingga berjaya. Telah ramai pelajar telah berjaya hasil titik peluh pihak SSSR. Antara mereka kini telah melanjutkan pelajaran ke Universiti yang terkemuka di Malaysia.

Silent Moment For Smart Study Solution Resources..........................................



Namun disebalik kesedihan ini. Sebuah syarikat baru telah ditubuhkan. Syarikat ini diberi nama LahaZone Edu & Services yang diasaskan oleh Puan Lahaniz Binti Daud. Nama LahaZone diambil bersempena nama beliau. Lahaniz ialah nama sebenar kepada Tutor Neez iaitu saya sendiri. Syarikat ini akan memfokuskan perkembangan minda pelajar.


Program utama yang ditawarkan oleh LahaZone ialah:

Kelas Bimbingan Holistik


 dan program-program eksklusif di bawah Holistic English Hub



 iaitu:

Polish Your English, PoPYE

 Silent To Spoken.


 Bengkel dan seminar juga akan dibuat untuk menbina tutor yang hebat.

 Program Apprentice Dr Tutor dan Train of Tutor adalah antara program yang dibuat oleh LahaZone istimewa untuk membantu tutor-tutor baru dan sedia ada.



Logo baru kami ialah:

Logo ini melambangkan misi kami yang ingin menjadi nombor satu dalam industri pendidikan dan latihan. Tagline kami ialah Live Amazingly Higher Achievement.

Semoga LahaZone Edu & Services terus maju dan namanya gah di mata dunia pada suatu hari nanti
Share:
Location: Cheras, Kuala Lumpur Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

0 comments:

Catat Ulasan

Popular Posts