Seperti yang kita ketahui terdapat pelbagai jenis manusia di muka bumi ini, dan ada diantaranya mempunyai kepintaran atau IQ yang tinggi berbanding org biasa. Antara manusia yang mempunyai IQ tinggi ialah Andrew Wiles, Paul Gardner Allen, Judit Polgar, Stephen Hawking, Kim Ung-Yong dan Garry Kasparov.
Tahukah anda apakah yang mempengaruhi peningkatan IQ mereka ini?
1. Menyusu badan
Bayi yang menyusu badan lebih tinggi IQ nya daripada yang tidak. Kajian menunjukkan Kanak-kanak yang menyusu badan lebih tinggi 3-8 poin dariapada kanak-kanak yang tidak menyusu badan.
2. IQ tiada kaitan dengan turutan kelahiran
Kebanyakan kepercayaan mempercayai yang anak sulung lebih pandai berbanding adik yang lain. Namun ia sebenarnya SALAH. Hal ini kerana, IQ dipengaruhi oleh genetik, jantina, umur, personaliti, saiz keluarga dan pelbagai faktor lain.
3. IQ rendah berkaitan dengan keinginan membunuh diri
Penyelidik dari Sweden menemui perkaitan mengenai IQ dan keinginan membunuh diri. Menurut mereka, Iq yg rendah memang berkait rapat dengan keinginan membunuh diri kerana orang yang ber IQ rendah tidak dapat menguruskan stress dengan baik serta menjurus kepada perasaan membunuh diri.
4. sesiapa yang mempunyai IQ melebihi 115 mampu membuat pelbagai pekerjaan
Pekerjaan yang simple akan menjadi susah kepada orang yang berIQ rendah. Namun berbeza kepada yang ber IQ tinggi. Mereka dapat melaukan pekerjaan tanpa sebarang masalah.
5. Lebih tinggi IQ bermakna lebih keyakinan
Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai IQ tinggi lebih berkeyakinan. Mereka lebih cenderung untuk mempamerkan diri untuk mencapai tahap maksimum.
0 comments:
Catat Ulasan